Tuesday, 20 September 2011

Setiap pekerjaan adalah ibadah

Saya walau bagaimanapun tidaklah terlalu ghairah untuk memulakan dan menghidupkan impian saya ni. Sebabnya, online bookstores saya telah wujud since Januari 2011, tetapi saya tak mengembangkan atau mempromosikan kedai ni ke semua pelusuk network or dunia internet, Saya mula secara sedikit-sedikit.

Membaca juga sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang kepentingan niat  dalam setiap tindakan kita. Saya belajar bahawa sesungguhnya setiap yang kita buat haruslah berpaksikan UNTUK MENCARI REDHA ALLAH. Hidup kat dunia nie sementara aje, bukan untuk selama-lamanya. Kat akhirat nanti, kita takkan ditanya, berapa banyak duit kita kumpul masa di dunia, berapa besar business atau perniagaan kita, berapa besar pangkat kita or berapa banyak wang pelaburan kita dlm amanah-amanah saham.

Sebaliknya kita akan ditanya, berapa banyak yang telah kita buat untuk Islam – berapa banyak pahala yang kita dapat dari usaha dan niat ikhlas kita untuk menegakkan hukum Allah, menguatkan syiar Islam. It doesn’t mean you have to fight through wars, campaign sana sini. Kita harus buat berdasarkan kemampuan kita, keadaan kita.

Bagi saya, duduk diam di rumah tak semestinya tak boleh dapat pahala dalam menegakkan syiar Islam. Apa sahaja peranan kita – sebagai pekerja, sebagai ibu, sebagai isteri, peniaga or hatta sebagai penjual ikan di pasar sekalipun, setiap kita ada peranan masing-masing sebagai seorang Islam.

Saya gemar membaca laman web beberapa para pendakwah yang menggunakan elemen internet – membuka web site untuk memulakan kegiatan dakwah. Isi kandungan padat, penuh iktibar dan benar-benar terkesan di hati, Antara yang saya suka baca ialah laman web kepunyaan Hilal Asyraf (langit Ilahi), Pahrol Mohd Joui (genta rasa) dan ada beberapa lagi. Inilah yang dikatakan menyesuaikan peredaran zaman dengan Islam, bukannya menyesuaikan Islam dengan peredaran zaman.

Saya berharap dapat jadik mcm mereka. Tapi saya tahu, ilmu agama dan ilmu penulisan saya taklah setinggi mana. Mana mungkin saya jadik mcm mereka. Jadik saya simpan cita-cita dihati, kalau mampu dan diizinkan Allah, biarlah anak-anak saya menyambung harapan saya. Harapnya salah seorang anak saya mampu menjadi sebaik mereka – terus berjihad dan berdakwah di jalan Allah.

Saya? saya berniat biarlah kedai buku online saya yang tak seberapa ni menjadi pembuka jalan untuk kerja-kerja dakwah dalam membina masyarakat yang berilmu, beriman, beramal dan berjaya. Saya mahu usaha saya yang sedikit ini, dipandang besar di sisiNya – usaha dalam melaksanakan tanggungjwb “ Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). Insya Allah!

Solusi -- STORMREADERS Mencetus Idea & Impian

Semua orang ada impian - angan angan, cita-cita. Saya sendiri ada impian dan cita-cita saya sendiri. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat menikmati sepenuhnya kerja dan kerjaya saya, disamping memberi sepenuhnya perhatian kepada keluarga saya. Berulang-alik kerja dari Seremban ke KL, 5 hari seminggu sememangnya meletihkan, terutama apabila semakin di makan usia macam saya. Bila sampai rumah, kerja di rumah pulak menanti. Anak-anak perlu diberi perhatian. Suami pun perlu dibelai. Tapi saya tak dapat nak buat sepenuhnya apa yang di 'expect' dari saya di rumah because saya leeettihhh sangat......

Ada orang akan kata - BERHENTILAH KERJA. Amboi mak, sonang yo nak kato......saya ada tanggungan saya sendiri. Hutang kereta, hutang personal loan, hutang PTPTN......tak buleh nak harap kepada suami seorang untuk bekerja sebab saya mahu berikan yang terbaik buat anak-anak saya – makan minum yang terbaik, pendidikan yang terbaik, permainan yang terbaik, tempat tinggal yang terbaik dan etc. Kos sara hidup pun dah semakin meningkat. Kerana sebab itulah, saya harus terus bekerja untuk membantu menampung penghidupan keluarga saya.

Apabila terbaca majalah Solusi (tak ingat issue ke berepa sebab saya memang ada banyak koleksi Solusi), saya terfikir untuk memulakan kedai online saya sendiri. Offer dibuka untuk para pembaca Solusi yang berminat untuk memiliki kedai online sendiri dengan modal yang cukup rendah. Yang penting ialah mcm mana seseorg pemilik kedai online itu untuk mempromosikan buku-buku dan mendapatkan pembeli yang membeli melalui kedainya.

Ianya sedikit sebanyak mencetuskan ilham dalam diri saya bahawa sesungguhnya sesiapa pun boleh mula business via online. Dunia sekarang semakin berubah dan dah semakin canggih. Macam-macam cara orang guna untuk express diri masing-masing.

Saya sendiri pernah bercita-cita untuk set up my own business, tapi saya tak pasti business apa yang saya nak buat. Saya pernah terbaca, buatlah business yang bersesuaian dengan minat kita. Kalau kita minat sukan, boleh jadi kita boleh bukak kedai sukan. Kalau kita sukan computer or gadget, kita mungkin boleh bukak kedai computer. Kalau kite minat memasak, boleh jadi kita boleh bukak restaurant or bakery or any food outlet.

Since saya minat pada buku, then WHY NOTT?? To own my own bookshop – tapi saya takde modal besar, imlu pasal business pun tak lah seebanyak mana dan somemore, saya still perlukan kerja tetap saya. So to own an online bookshop under STORMREADERS probably is a good idea – saya still boleh terus bekerja, di samping menjenguk-jenguk kedai buku online saya. 


Mana tahu, nanti bila modal dah cukup saya buleh memiliki kedai buku yang carry my own name macam MPH Bookstores, POPULAR, BOOKS OF KINOKUNIYA. Tak popular ke seantero dunia pun takpe, popular dalam Malaysia pun dah cukup…..ehehehe…ASIAH BOOKSTORES…..

Monday, 19 September 2011

Hobi yang semakin dilupai


Saya sebenarnya minat membaca. Saya suka membaca apa-apa jenis bahan bacaan - majalah, novel, buku, bahan internet, newspaper atau apa-apa sahaja. Minat saya semakin berkurang sejak saya berkahwin dan beranak pinak. Mungkin sebab sebuk dan tiada lagi dorongan. Dulu-dulu masa zaman belajar (dari sekolah sampai masuk universiti) minat saya disuntik, dijentik, didorong oleh kawan-kawan. Lepas tu, bila sudah mula bekerja dan berkeluarga, saya makin melupakan minat saya ini. Buku-buku lama saya banyak terbiar di rumah. Termasuk lah majalah-majalah kesayangan.

Tapi lama kelamaan, saya mula sedar diri saya makin ketinggalan! Tanpa buku, saya BUKANLAH SESIAPA! Dari buku datangnya ilmu. Dari ilmu datangnya pengetahuan. Bagi saya, dari pengetahuan datangnya KEYAKINAN DIRI. Masa dahulu, tujuan membaca bahan bacaan bahasa inggeris kerana tak mahu ketinggalan dalam penggunaan dan penggayaan bahasa kedua negara ni. Tapi sekarang, saya dah semakin jauh dari bahasa inggeris. Grammar saya hancus! Vocabulary semakin low!

Bagi saya pengetahuan memandu hidup saya. Tapi ilmu pengetahuan saya mungkin tak dapat berada ke tahap hari ini. Saya perlukan bimbingan dalam ilmu agama, ilmu kekeluargaan, ilmu sosial dan macam-macam lagi. Semuanya untuk meningkatkan tahap motivasi diri saya sendiri. Saya mahu menjadi cemerlang dalam segala-galanya, dari dunia sampai ke akhirat. Cemerlang sebagai hamba Allah, cemerlang sebagai seorang anak, cemerlang sebagai seorang ibu, cemerlang sebagai seorang isteri, cemerlang sebagai pekerja dalam organisasi saya.

Tidak ada pantai tak di lambung ombak - dugaan dan ujian hidup datang silih berganti. Ye, kite janganlah lupa berdoa dan meminta pertolongan dari Nya yang Maha Esa agar diberi ketetapan hati, kekuatan benteng iman dan taqwa, kekebalan tembok kesabaran, ketabahan, ketenangan dalam mengharungi apa jua bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan Allah. Supaya hati dan jiwa kite kental dan tabah mengharungi apa jua keadaan dan situasi yang mendatang. Tapi bukankah di samping berdoa, kita juga perlu berusaha untuk mengatasi apa jua masalah yang mendepani kita? Bukankah mencari ilmu itu juga merupakan suatu usaha agar kita tahu jalan yang terbaik harus kita pilih?

Sekarang nie, anak saya yang sulung sudah pun berusia 5 tahun, Saya mahu dia minat kepada buku dan minat membaca. Antara salah satu langkah penting yang perlu diambil untuk kita pupuk minat seorang kanak-kanak untuk membaca ialah KITA SENDIRI HARUS MEMBACA.

ASSALAMUALAIKUM....Salam Perkenalan dan Permulaan.

As a hamba Allah, wife, mother @ home 
Assalamualaikum buat semua. Nama saya Norhasiah, tapi saya lebih dikenali dengan panggilan Puan Asiah, Asiah, Tiah, Ayang, Ibu untuk sesetengah orang yang berbeza. Buat permulaan, biarlah para pembaca mengenali saya sebagai Asiah.



Saya bermaustatin di Seremban, Negeri Sembilan. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur selama 20 tahun, tapi akhirnya keluarga saya berhijrah ke negeri yang kaya dengan adat perpatih ini lebih kurang 10 tahun yang lalu. Saya akhirnya terus menetap di sini dan akhirnya menamatkan zaman bujang saya juga dengan orang N9. Sekarang memegang status sebagai isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel-comel dan, emmm boleh tahan keletah nakal manjanya....ehehehe.....


Hari Raya 2011

Anak-anakku di rumah


Semenjak  menamatkan pengajian di peringkat degree kira-kira 5 tahun yang lalu, saya merupakan pengguna 'tegar' atau pengguna setia laluan KL-SEREMBAN, either by komuter (KTM) or PLUS highway (bus SKS). In other words, saya bekerja di Kuala Lumpur. Setiap hari bekerja saya akan berulang alik dari KL ke Seremban. Saya juga merupakan pekerja setia industri perbankan semenjak habis belajar. First bank saya ialah Standard Chartered Bank, akhirnya rezeki saya ke RHB Bank di Jalan Masjid India,KL. Ramai orang tanya pada saya, KENAPA TAK MINTAK KERJA DI SEREMBAN? Bukan tak mintak, tapi mungkin bukan rezeki saya lagi.......kalau buleh memang saya nak sangat keje in government sector di Seremban, N9 - berkhidmat dengan negeri sendiri - home sweet home, tapi belum ada rezeki lagi....
 

Sebenarnya, saya memang dah lama sangat nak buat blog saya sendiri. Ramai member-member dah ada. Teknologi pun dah semakin canggih, sekarang nie di mana-mana pun boleh access internet, hatta di dalam 'jamban' sekalipun.....ehehehe.....tapi saya masih belum memahami sepenuhnya apa kegunaannya blog untuk orang-orang macam saya ni...sehinggalah saya menjadi ahli kepada STORMREADERS network, dimana saya diberi sebuah kedai buku maya dan saya diberi mandat untuk mempromosikan buku-buku di kedai maya saya ini kepada semua pengguna internet via various channel. Semua buku-buku di kedai online saya ini adalah terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.