Tuesday, 20 September 2011

Solusi -- STORMREADERS Mencetus Idea & Impian

Semua orang ada impian - angan angan, cita-cita. Saya sendiri ada impian dan cita-cita saya sendiri. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat menikmati sepenuhnya kerja dan kerjaya saya, disamping memberi sepenuhnya perhatian kepada keluarga saya. Berulang-alik kerja dari Seremban ke KL, 5 hari seminggu sememangnya meletihkan, terutama apabila semakin di makan usia macam saya. Bila sampai rumah, kerja di rumah pulak menanti. Anak-anak perlu diberi perhatian. Suami pun perlu dibelai. Tapi saya tak dapat nak buat sepenuhnya apa yang di 'expect' dari saya di rumah because saya leeettihhh sangat......

Ada orang akan kata - BERHENTILAH KERJA. Amboi mak, sonang yo nak kato......saya ada tanggungan saya sendiri. Hutang kereta, hutang personal loan, hutang PTPTN......tak buleh nak harap kepada suami seorang untuk bekerja sebab saya mahu berikan yang terbaik buat anak-anak saya – makan minum yang terbaik, pendidikan yang terbaik, permainan yang terbaik, tempat tinggal yang terbaik dan etc. Kos sara hidup pun dah semakin meningkat. Kerana sebab itulah, saya harus terus bekerja untuk membantu menampung penghidupan keluarga saya.

Apabila terbaca majalah Solusi (tak ingat issue ke berepa sebab saya memang ada banyak koleksi Solusi), saya terfikir untuk memulakan kedai online saya sendiri. Offer dibuka untuk para pembaca Solusi yang berminat untuk memiliki kedai online sendiri dengan modal yang cukup rendah. Yang penting ialah mcm mana seseorg pemilik kedai online itu untuk mempromosikan buku-buku dan mendapatkan pembeli yang membeli melalui kedainya.

Ianya sedikit sebanyak mencetuskan ilham dalam diri saya bahawa sesungguhnya sesiapa pun boleh mula business via online. Dunia sekarang semakin berubah dan dah semakin canggih. Macam-macam cara orang guna untuk express diri masing-masing.

Saya sendiri pernah bercita-cita untuk set up my own business, tapi saya tak pasti business apa yang saya nak buat. Saya pernah terbaca, buatlah business yang bersesuaian dengan minat kita. Kalau kita minat sukan, boleh jadi kita boleh bukak kedai sukan. Kalau kita sukan computer or gadget, kita mungkin boleh bukak kedai computer. Kalau kite minat memasak, boleh jadi kita boleh bukak restaurant or bakery or any food outlet.

Since saya minat pada buku, then WHY NOTT?? To own my own bookshop – tapi saya takde modal besar, imlu pasal business pun tak lah seebanyak mana dan somemore, saya still perlukan kerja tetap saya. So to own an online bookshop under STORMREADERS probably is a good idea – saya still boleh terus bekerja, di samping menjenguk-jenguk kedai buku online saya. 


Mana tahu, nanti bila modal dah cukup saya buleh memiliki kedai buku yang carry my own name macam MPH Bookstores, POPULAR, BOOKS OF KINOKUNIYA. Tak popular ke seantero dunia pun takpe, popular dalam Malaysia pun dah cukup…..ehehehe…ASIAH BOOKSTORES…..

No comments:

Post a Comment