Sunday, 9 October 2011

RAHSIA MINDA HEBAT – DATO SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak dapat mencoret ke dlm blog nie. Agak busy sedikit since dah mula bekerja kembali dan sambil melayan keluarga yang tersayang. Tapi sempat jugak saya cuba nak menghabiskan pembacaan saya. Sekarang tengah syok bergulit dgn buku karangan Ustz Siti NorBahyah – RAHSIA MINDA HEBAT. Best buku ini, terutama utk org-org dewasa yang mcm saya nie – byk sel-sel otak dah makin mati sbb dah lama tak gunakan otak kiri. Byk cecair otak dah makin beku lantaran dah lama tak berfikir. Akal makin tertutup sbb byk dosa (kecil or besar). So masa nie laa saya nak meng’hidup’kan kembali akal saya dan menggunakannya hingga ke tahap maksima.

Saya belum habis baca buku nie. Skrang baru pg ke 45. tapi antara yg menarik so far saya baca ialah kekuatan otak dan akal kita adalah seperti 1,000,000,000 BUAH KOMPUTER KERANGKA UTAMA! Dan otak orang biasa mampu memiliki  SEKURANG-KURANGNYA 120 JENIS KEMAHIRAN! Berapa kemahiran yang saya ada?? Berapa pulak yang anda ada? Fikirkan……………….
Boleh ke online bookstore saya untuk more info psl buku nie – harga, sinopsis dan sebagainya. Jemputlah berkinjung ke:-


Boleh review post blog saya sebelum ini utk mengetahui more details and info mengenai online bookstore saya ini.

Mari hebatkan akal & minda kita! Wassalam.

"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakkan makhluk yang telah Kami ciptakan"   (Surah al-Isra'  17:70)

Monday, 26 September 2011

Perniagaan sunnah Rasullullah S.A.W

Assalamualaikum w.b.t.

Hari nie masa menonton TV9, terpandang iklan mengenai rancangan USRAH yang selalu ditayangkan pada hari Jumaat. Untuk tajuk minggu ini, USRAH akan mengetengahkan tajuk Perniagaan Sunnah Rasullulah S.A.W. Menarik tajuk ini. Tapi berkemungkinan saya tak dpt menonton coz rancangan nie bersiaran sewaktu saya di opis.

Menurut hadis, Rasullullah S.A.W pernah bersabda bahawasanya, 9 dari 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Memang tak dinafikan yang ramai umat Islam hari ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Cara perniagaan juga sudah semakin variety based on dunia hari ini yang semakin mencabar dan bertambah maju.

Islam pun memang menggalakkan umatnya untuk berniaga tidak kiralah perniagaan itu kecil atau besar . Malah ramai tokoh-tokoh korporat yang kaya raya semuanya adalah seorang peniaga. Malah nabi kita juga merupakan seorang peniaga. Tapi kita haruslah pastikan perniagaan kita betol dr segi syariat, berlandaskan Islam, tidak menindaskan pembeli dan sebagainya.






Ada beberapa buah buku di pasaran yang dapat memberikan bimbingan, tips, petua berguna dlm mencapai objektif ini. Di sini saya ingin mempromosikan beberapa buah buku yang mungkin berguna buat bacaan kita semua.

  1. Nota Jutawan Nota Kewangan - Dr. Irfan Khari
  2. Nota Jutawan Nota Perniagaan - Dr. Irfan Khairi
  3. Nota Jutawan Nota Motivasi - Dr. Irfan Khairi
  4. Langkah Bijak Usahawan Terbilang - Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
  5. 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang - Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood


Boleh ke online bookstore saya untuk more info psl buku nie – harga, sinopsis dan sebagainya. Jemputlah berkinjung ke:-


Boleh review post blog saya sebelum ini utk mengetahui more details and info mengenai online bookstore saya ini.

Semoga niat kita semua dirahmati Allah dan diberkatiNya. Kepala para peniaga dan usahawan, teruskanlah usaha utk mempertingkatkan taraf ekonomi kita dan sekaligus meningkatkan martabat Islam. Amin!

Saturday, 24 September 2011

Solat sunat dhuha

Asssalamuakaikum w.b.t buat semua.

Hari nie tergerak hati untuk melaksanakan kembali solat sunat dhuha yang makin dilupakan. Saya rasa last time saya buat solat sunat nie kira-kira 3-4 bln lepas, sebelum saya bersalin anak ke-3.

Tujuan buat solat sunat dhuha nie adalah supaya Allah S.W.T melapangkan pintu rezeki buat kita untuk hari itu. Itu yang saya phm lah….perlaksanaannya pun saya tak beberapa pasti. Selama hari nie, saya just buat 2 rakaat, waktunya antara selepas subuh hingga Zuhur dan surah yang dibaca ikut suka dan doa selepas menunaikan solat ini pun ikut suka – dlm bhs melayu. saya pernah membaca psl orang buta ibadah – buat ibadah tanpa ilmu secukupnya. Memang saya termasuk dlm kategori nie.

Jadik hari nie saya semak balik cara yang betul untuk menunaikan solat sunat dhuha nie. Alhamdullillah, nasib baik lafaz niat selama hari nie betol.

Semakan saya buat pada buku di bawah nie – INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT , Dato’ Ismail Kamus. Mudah di phm dan mudah perlaksanaannya.


Mengikut Dato’ Ismail Kamus, solat sunat dhuha boleh dilakukan pd bila-bila masa apabila matahari telah naik sehingga gelincir matahari. Lebih kurang antara pukul 8 pg hingga masuknya waktu Zuhur. Lafaz niat seperti dibawah:-




"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Dikerjakan 2, 4,6 hingga 8 rakaat. Rakaat pertama membaca surah al-syams, rakaat kedua surah dhuha. Dan ada bacaan doa yg khas dibacakan semasa sujud terakhir sebyk 40 kali spt di bwh ini:-

Selepas selesai solat, bacalah doa spt di bwh ini:-




Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Drpd doa ini, jelas solat sunat ini adalah untuk memohon kpd Allah agar dipermurahkan rezeki utk hari ini – selain untuk menambahkan pahala solat-solat sunat bagi menampal mana-mana yg ‘bocor’ dlm amal ibadat kita sehari-hari. Buat yang dah lama tak buat mcm saya atau mungkin tak pernah buat langsung, jom lah kita mulakan hari ini. Hati tenang, rezeki dipermurahkan, Allah makin sayangggg…..Insya Allah.

Dan jangan lupa dptkan buku Dato’ Ismail Kamus ni……panduan yang betul-betul lengkap. Byk lagi contoh-contoh ibadat sunat yang lain. Sila layari online bookstore saya di alamat di bwh for more info.


Selamat beribadat! 

Thursday, 22 September 2011

Tingkatkan kualiti diri melalui pembacaan.

Saya nie orang biasa-biasa aje. Didikan dr ibu bapa pun biasa-biasa aje. Saya pun bukanlah ‘product’ budak sekolah agama. Even sekarang saya pun mengahwini orang biasa-biasa aje. Rumah saya dekat dgn masjid, tapi buat masa sekarang ni saya tak dpt nak attend ceramah-ceramah agama, kuliah-kuliah subuh yang diadakan coz tanggungjwb kat umah yg me’limit’kan perjalanan saya. So saya rasa melalui pembacaanlah saya dpt gain ilmu / skills dan seterusnya menjlnkan tanggungjwb saya dgn sebaik-baiknya.

Mcm saya, saya gemarkan buku-buku yang boleh meningkatkan motivasi diri saya. Saya dapat rasakan, tanpa buku saya tenggelam punca. Mcm sekrang saya suka mencari bahan bacaan mengenai keibubapaan, penjagaan kesihatan wanita dan yg paling wajib – SOLUSI – pemakanan rohani saya yang wajib setiap bulan.

Saya mahu maju ke hadapan, saya juga mahu cemerlang dunia akhirat – cemerlang sebagai hamba Allah, cemerlang sbg anak, cemerlang sbg isteri, cemerlang sbg ibu, cemerlang sbg pelajar....

Pelajar? mesti anda ingat saya masih belajar kan? Ye, mmg saya masih belajar, that’s why saya takkan henti-henti membaca. Kita semua sebenarnya ‘pelajar’ tanpa kita sedar. Kita belajar dari kesilapan kita yang lepas-lepas, kite belajar untuk menjadi pekerja yang cemerlang dlm organisasi kita, kite belajar menjadi pasangan yang terbaik utk suami / isteri kita, kite belajar sikap anak-anak kita supaya kita dpt jadik ibu bapa yg terhebat dan sebagainya……tapi cukupkah ilmu kita utk belajar menjadi yang terbaik ini?

Seabagai umat islam, kite mesti berjaya, cemerlang dalam apa jua bidang / tugas yg kite buat…….Insya Allah!

Jemput bertandang ke online bookstore saya di:-


TAKDE APE NAK BUAT....Jom baca buku!

Assalamualaikum w.b.t semua.

Kita selalu jugak mendengar komentar / comment / update wall…
BOSAN NYA PETANG-PETANG NIE….
TAK TAU NAK BUAT APA….
HUBBY OUTSTATION, BORINGNYA……

Kenapa boleh jadi mcm tu? Memetik petikan ayat Al-Quran:-

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran.”
Surah  al-Ashr (103:1-3)

Ada mcm-mcm cara orang mengisi masa lapang masing-masing. Ada yang menjahit, membaca, menonton tv, surfing internet dan mcm-mcm lagi. Dunia sekarang sememangnya semakin berteknologi tinggi, sampaikan nak spend masa utk membuat sesuatu pun dah semakin canggih. Bebudak sekarang ada yang mengisi masa dgn bermain game PS3 or 4 (sebenanya saya pun tak tahu ape bendenya sbb tak ada!), ada yang gemarkan outdoor activities such as paintball, racing remote control car, futsall dll. Tapi ada jugak yang membazirkan masa – cukup cukup membuang waktu – merempit, bersosial, berpelesiran sana sini, clubbing……anda sendiri boleh jadi lebih tahu….

Sepatutnya kah kite menggunakan masa untuk kegiatan-kegiatan yang tak berfedah mcm nie? Dari kecik, sekolah rendah lagi saya dah dengar – MASA ITU EMAS. Habis tu wajarkah kita lepaskan MASA yang kita ada tu mcm tu aje, tanpa menjana masa itu kpd sesuatu yang berfaedah? Emas tuu….jgn dibuang mcm tu ajee….rugi…..Emas kan sekarang dah mahal? 6 thn lalu masa saya nak kahwin, emas cuma RM96 per gram, sekarang dah dekat RM200.00 per gram…..

So saya nak promote kat sini – JOM BACA BUKU! Cariklah buku-buku yang anda minat nak baca. Kalau suka sukan, bacalah pasal buku sukan. Kalau sukakan computer, baca buku pasal computer. Ada orang suka memasak – carik buku pasal masakan. Dah berlambak di pasaran, dr mcm-mcm chef.

Cube try web site nie, dan surf buku-buku favourite anda…..mana tahu kot-kot terbukak hati nak memulakan hobi yg baru…..JOM BACA BUKU!

http://www.stormreaders.net/norhasiah



Tuesday, 20 September 2011

Berminat membeli secara online? CARANYA....

Pembelian buku secara online nie ada banyak faedahnya. Ianya sesuai dan khususus untuk orang-orang yang sentiasa sebuk dan tiada masa untuk pergi ke kedai buku untuk memilih dan membeli buku-buku yang digemari. Saya sendiri pernah menghabiskan masa pergi ke 2-3 buah kedai untuk mencari satu buku yang saya suka. Akhirnya, saya tak jumpe pun buku tu dan dapat sakit hati jugak coz ada beberape promoter kedai buku yang ‘tak berminat’ melayan pertanyaan saya bila saya bertanya. Layanan ‘first class’ saya dapat…….ehehe…paham-paham sendiri aje la ekk…

Setelah melayari online catalog saya di kedai online bookstore saya, sekiranya anda berminat untuk memiliki walaupun hanya sebuah buku, anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebelum proceed untuk pembelian online. Pendaftaran yang sangat simple dan mudah & hanya akan ambil masa beberapa minit sahaja. Anda haruslah memberikan beberape basic info psl anda utk pembukaan new account user. Hanya klik pada SERTAI SEKARANG dan anda harus memberikan info such as nama, alamat, telefon dll.


Ikut sahaja arahan yang tertera dan akhirnya anda boleh log in ke dalam kedai saya as usual. Setelah log in as user, barulah anda boleh start shopping or add buku-buku kegemaran anda yang anda berminat untuk membeli. Setelah selesai, anda akhirnya akan diberi senarai buku-buku yang dibeli termasuklah total pricenya skali – termasuk charge penghantaran.

Setelah itu ikut sahaja arahan pembayaran – ada beberapa cara boleh digunakan either by bank-in into STORMREADERS ACCOUNT or by credit cards. Setelah pengesahan pembayaran dibuat, barulah buku-buku yang dipilih akan di hantar ke alamat yang diberikan oleh pengguna.

Senang aje kan? Saya sendiri pernah mencuba. Ianya amat mudah, lebih-lebih lagi saya bayar menggunakan Maybank2u.com (online banking). Hari nie saya bayar, pengesahan pembayaran dapat, 2 hari lepas tu terus dpt buku yang diidamkan, terus ke rumah saya dan dalam keadaan baik…..takde masalah langsung!

Cubalah dan dapatkan buku kegemaran anda hari ini melalui online bookstore saya di:-


SELAMAT MENCUBA!

Ada apa pada kedai saya?

Jemput-jemput singgah dan browsing / melayari kedai buku online saya di:-


Kedai buku online ini menjual pelbagai produk STORMREADERS, termasuklah buku-buku keagamaan, ilmiah, novel, majalah islam, CD motivasi, AL-Quran digital dan sebagainya. Pengguna boleh melayari web site ini dan melihat sendiri bahan-bahan ilmiah yang terdapat di sini. Terdapat ringkasan / summary of the book, harga dan status (whether available or out of stock). Browsing or melayari laman web saya ini sebenarnya amat mudah.



Antara penulis-penulis tersohor yang terdapat di sini adalah Dato’ Ismail Kamus, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Zahazan Mohamed, Dto’ Siti Norbahyah Mahamood, Profesor Madya Izzudin Mohd Ali, jutawan internet Dr Irfan Khairi, Dato’ Haji Mohd Fadzillah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, HM Tuah Iskandar, Hilal Asyraf, Pahrol Mohd Joui dan ada ramai lagi.